Rahsia Viral: Bagaimana Produk dan Idea Anda Boleh Menjadi Fenomena dengan 6 Langkah Ini!

“Contagious: Why Things Catch On” ialah buku karya Jonah Berger. Jonah Berger ialah seorang profesor pemasaran di Wharton School of the University of Pennsylvania, Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar terkenal dalam bidang tingkah laku pengguna, penyebaran sosial, serta bagaimana idea, produk, dan tingkah laku menjadi viral.

Beliau terkenal kerana kajian mendalamnya tentang apa yang mendorong orang untuk berkongsi dan bagaimana idea atau produk boleh menarik perhatian ramai. Jadi untuk kali ini saya nak berkogsi tentang 6 prinsip utama yang dikenali sebagai STEPPS, yang mempengaruhi penyebaran sesuatu secara meluas dan tular atau dalam erti kata lain viral.

Jadi tips ini boleh dijadikan panduan kepada anda semua yang mungkin ingin memasarkan produk, melariskan jualan atau menyebarkan sesuatu berita atau idea.

1. Social Currency (Mata Wang Sosial)

Orang cenderung berkongsi perkara yang membuat mereka kelihatan baik di mata orang lain. Jika sesuatu produk atau idea menjadikan seseorang nampak pintar, hebat, atau berpengetahuan, mereka lebih berkemungkinan untuk berkongsi.

Orang berkongsi perkara yang meningkatkan imej mereka. Sebagai contoh jika anda beli untuk makan malam disebuah gerai burger murah ditepi jalan berharga RM7.00 di tepi jalan adakah anda akan ambil gambar dan berkongsi di media sosial berbanding jika anda makan burger berharga RM30.00 disebuah restoran cantik di kota raya?

Jadi sudah tentu ramai yang akan berkongsi jika anda makan ditempat yang lebih mewah atau mahal. Objektif disini adalah ramai orang ingin dilihat lebih baik atau menaikkan status mereka!

2. Triggers

Pencetus/Triggers adalah isyarat yang mengingatkan orang tentang sesuatu produk atau idea. Apabila sesuatu mudah diingat dan sering muncul dalam kehidupan seharian, ia lebih cenderung untuk dibincangkan.

Sebagai contoh, kempen pemasaran kit kat. Sinonim dengan rehat sebentar bersama kit kat. Jadi kita akan teringat jika waktu rehat mesti teringat kit kat.

Di Malaysia, konsep ini boleh disesuaikan dengan budaya tempatan. Sebagai contoh, Kit Kat boleh dikaitkan dengan waktu minum petang atau waktu rehat tengah hari (contoh: “Rehat bersama Kit Kat selepas makan tengah hari”). Triggers ini membantu menyesuaikan kempen dengan rutin harian rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, Kit Kat berjaya menggunakan triggers dengan mengaitkan produknya kepada momen harian yang spesifik dan universal, menjadikan ia mudah diingati dan dikaitkan secara emosional dengan waktu rehat.

3. Emosi

Kandungan yang membangkitkan emosi kuat, sama ada positif atau negatif, lebih cenderung untuk dikongsi. Apabila orang merasakan sesuatu dengan mendalam, mereka terdorong untuk berkongsi pengalaman tersebut dengan orang lain.

Sebagai contoh, iklan yang menyentuh perasaan atau cerita yang mengharukan sering menjadi viral kerana asbab tersentuh emosi orang yang melihat dan mendengar tentangnya. Emosi yang biasa kuat untuk orang berkongsi adalah gembira, sedih, terharu, kagum dan marah.

Semakin tersentuh hati, semakin mudah untuk tular.

4. Public / Umum

Apabila sesuatu dapat dilihat oleh orang ramai, ia lebih mudah ditiru dan disebarkan. Produk atau idea yang direka untuk menjadi tontonan umum, seperti logo yang menonjol atau kempen yang menarik perhatian, cenderung untuk tersebar lebih luas kerana orang lain dapat melihat dan menirunya.

Kedudukan logo Apple meletakkan logonya dengan cara yang memastikan ia mudah dilihat oleh orang lain ketika laptop sedang digunakan, yang membantu mempromosikan jenama mereka. Tujuannya adalah untuk meningkatkan visibility: orang di sekitar pengguna boleh melihat logo Apple dan secara tidak langsung mengenali jenama tersebut.

Atau contoh tindakan kita kebiasaanya adalah dipengaruhi oleh apa yang kita lihat pada orang lain. Misal kata sekarang trend sukan seperti pickle ball. Ramai orang ingin cuba permainan ini disebabkan kawan, jiran atau orang terdekat dilihat bermain permainan ini.

5. Practical Value (Nilai Praktikal)

Practical value merujuk kepada nilai praktikal yang sesuatu produk, idea, atau kandungan dapat berikan kepada orang ramai. Dalam kata lain, ia adalah informasi yang berguna atau bermanfaat yang membantu orang membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan mereka, selalunya dengan menjimatkan masa, wang, atau usaha.

Orang suka berkongsi maklumat yang berguna dan bermanfaat kepada orang lain. Jika sesuatu menawarkan nilai praktikal, seperti tips penjimatan masa atau wang, ia lebih cenderung untuk dikongsi. Sebagai contoh, video tutorial atau artikel “cara untuk” sering dikongsi kerana nilai praktikalnya kepada penonton.

Contoh praktikal nilai ini adalah apabila sesuatu yang anda kongsikan boleh membantu orang menyelesaikan masalah atau memudahkan mereka dalam kehidupan seharian. Dalam dunia pemasaran, ini sering kali dilihat dalam bentuk petua, panduan, atau tip yang boleh dipraktikkan.

6. Stories (Cerita)

Cerita berfungsi sebagai wadah untuk menyampaikan maklumat. Apabila sesuatu disampaikan dalam bentuk naratif yang menarik, ia lebih mudah diingati dan dikongsi. Sebagai contoh, kisah asal-usul sesuatu produk atau pengalaman pelanggan yang menarik dapat membantu menyebarkan maklumat tentang produk tersebut melalui penceritaan.

Cerita yang baik dapat menghubungkan emosi, menjadikannya lebih bermakna dan memberi kesan yang mendalam. Ia memudahkan orang mengingati mesej berbanding fakta atau statistik yang rumit.

Dengan menggunakan cerita, jenama dapat menyampaikan nilai mereka secara lebih halus tanpa kelihatan seperti iklan. Selain itu, cerita yang menarik dan menghiburkan mempunyai peluang lebih besar untuk dikongsi, kerana orang suka berkongsi kandungan yang memberi kesan emosi, sama ada menghiburkan, menyentuh hati, atau memberi inspirasi.

Dengan menguasai dan mengaplikasikan enam prinsip STEPPS ini, perniagaan dan individu bukan sahaja berpeluang meningkatkan jangkauan produk atau idea mereka, tetapi juga mampu mencipta gelombang buzz yang meluas di kalangan audiens.

Dari social currency yang membina kredibiliti hingga practical value yang memberikan penyelesaian praktikal, setiap prinsip ini membuka pintu untuk mencipta cerita yang lebih mudah dikongsi, lebih relevan, dan lebih berkesan.

Sebagai hasilnya, peluang untuk menjadikan produk atau idea anda viral bukan lagi sekadar impian, tetapi strategi yang boleh dilaksanakan dengan berkesan, membawa impak yang luar biasa kepada jenama anda.

Leave a comment