Adakah Bisnes Kontraktor Di Malaysia Ada Potensi?

Penulisan kali ini adalah khas untuk mereka yang sedang berfikir dan dalam perancangan untuk memulakan bisnes kontraktor di Malaysia. Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang potensi dan peluang yang ada dalam bisnes ini. Jadi penulisan ini adalah dari pengamatan dan pengalaman peribadi saya yang telah berada lebih 10 tahun dalam bidang ini.

Sebelum itu tuan/puan sekalian, apabila bercakap tentang kontraktor tentu anda maksudkan bina rumah atau yang seangkatan dengannya betul tak?

Itulah yang kebiasaan kita di Malaysia ini bila cakap tentang kontraktor mereka yang bina rumah atau renovate rumah. Tapi tidak semestinya.

Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Kontraktor boleh jadi dari pelbagai bidang dan kepakaran. Secara bahasa, istilah “kontraktor” merujuk kepada individu atau entiti yang memegang kontrak untuk melaksanakan sesuatu projek atau perkhidmatan tertentu.

Mereka biasanya berperanan sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk melakukan pekerjaan yang telah dipersetujui berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak.

Jadi boleh jadi kontraktor ini mengikut kepakaran atau servis yang dijalankan masing-masing. Contohnya Kontraktor Penghawa Dingin, Kontraktor Pembersihan, Kontraktor Besi dan sebagainya.

Dan seterusnya, apabila bercakap tentang potensi sesuatu pasaran ianya sangat berkait rapat dengan supply & demand. Realitinya tuan/puan saban tahun bilangan rumah di Malaysia meningkat. Dan keperluan untuk membina rumah, mencantikkan rumah, selenggara bangunan akan sentiasa ada.

Pautan Sumber

Mengikut statistik dari Jabatan Perangkaan Malaysia juga turut menyatakan pertumbuhan yang positif dalam sektor pembinaan yang menunjukkan pertumbuhan sebanyak 8.8% pada tahun 2023.

Dan Malaysia secara amnya masih dalam kategori negara yang sedang membangun. Dari sudut ekonomi keperluan sebuah negara membangun adalah keperluan untuk meningkatkan infrastruktur, termasuk jalan raya, jambatan, bangunan, dan fasiliti awam lainnya.

Jadi cuba lihat, sekeliling anda terutamanya yang duduk dibandar. Dimana-mana ada sahaja aktiviti pembinaan sedang berlangsung kan?

Pautan Sumber

Jadi boleh dikatakan industri ini adalah suatu keperluan bagi masyarakat kita. Walaupun terdapat lambakan kontraktor diluar sana bukanlah alasan untuk kita tidak berani untuk bersaing.

Yang penting adalah untuk terus memberi perkhidmatan terbaik dan menjadi lain dan unik dari kontraktor-kontraktor diluar sana dan bersaing dengan sihat.


Kita perlukan lebih ramai kontraktor yang berkualiti supaya kita dapat menghapuskan monopoli kontraktor yang tidak berdaftar terutamanya warga asing yang sering kali membuang harga dan ramai juga yang melakukan scam.

Leave a comment