Nasihat Untuk Bakal Pelanggan Yang Nak Renovate Rumah

Sepanjang kami menjalankan bisnes renovasi rumah atau pun dalam perjalanan kami membantu ramai tuan rumah diluar sana untuk capai impian mereka memiliki rumah idaman banyak benda yang telah kami lalui dan boleh dikatakan sangat masak dengan perangai manusia-manusia ni.

Kami faham bukannya murah kos yang harus dikeluarkan untuk nak renovate rumah ni. Tapi untuk merealisasikan rumah impian anda ni, kena ada kerjasama antara semua pihak. Renovasi rumah bukan sekadar satu projek fizikal, ia adalah perjalanan emosi yang melibatkan impian dan harapan anda. Jadi suka untuk saya sampaikan beberapa pesanan ini untuk bakal-bakal pelanggan yang nak renovate rumah mereka.

KOS

Harga tak sama lagi! Masa berubah begitu juga dengan kos. Ingatlah kos upah pekerja tak sama macam dahulu. Kos bahan mentah pun tak sama macam dahulu. Terimalah hakikat RM100,000-RM150,000 nak renovate rumah tak banyak mana pun. Jangan compare dengan tahun-tahun lepas. Malah ada yang compare 10 tahun dahulu mak bapak saya buat berapa je..Aduhh..Harga roti saban tahun naik dari 50 sen dah jadi RM1.50.

Lepas tu ada yang nak compare dengan harga rumah baru. Ya memang beli rumah baru atau nak buat rumah baru pun lagi murah. Betul. Nak buat rumah baru atas tanah kosong atau beli rumah apartment mana sama dengan renovate rumah.

Photo by Ketut Subiyanto on Pexels.com

Nak renovate ni boleh jadi lagi renyah dan kos luar jangka lagi banyak tahu. Sebab nak kena ambil kira keadaan struktur sedia ada. Nak kena ambil kira dari segi logistik. Tambah bila tuan rumah tak nak pindah nak duduk rumah tu masa tengah renovate. Lagi banyak kos luar jangka dan lagi susah berbanding bina rumah atas tanah kosong.

Kalau rumah baru memang la dapat harga tu. Sebab harga struktur sahaja. Yang tuan nak renovate ni melibatkan item kitchen cabinet, hiasan dalaman, plaster siling, tukar bumbung, betulkan wiring & piping. Kan banyak tu.

BANTU MUDAHKAN URUSAN SEMUA ORANG

Jangan rasa diri RAJA. Sedangkan yang RAJA pun tidak RAJA sangat. Inikan pula kita. Jangan kerja nak cari kesalahan sahaja. Bantu mudahkan urusan semua pihak tak kisah lah tukang, pemandu lori, supervisor, pengurus projek atau siapa pun. Bantuan kecil dan sikap ramah boleh memudahkan urusan semua pihak.

Photo by Tim Samuel on Pexels.com

Hormatilah setiap individu yang terlibat dalam proses ini. Sikap rendah hati anda akan membuat mereka lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Kita nak orang hormat kita, kita yang kena hormat orang dahulu.

Dan jangan bersikap menekan sangat. Minta diskaun yang bukan-bukan. Minta tolong tambah kerja sikit je pasang itu pasang ini. Itu semua ada tambahan kos ya. Bukan bayar pakai air liur

REALISTIK

Ingatlah, untuk mendapatkan sesuatu yang berkualiti memerlukan masa. Jangan tergesa-gesa, nikmati proses dan percayalah ia akan berbaloi. Contohnya kalau dinding baru lepas plaster nak kena tunggu kering dulu baru boleh cat. Kalau tak terus cat terus sebab nak cepat punya pasal tak cukup setahun dah berbelak balik dinding tu.

Photo by energepic.com on Pexels.com

Tak payah la nak kejar sangat nak beraya. Nak tunjuk dekat dunia rumah korang tu cantik sangat sebab lagi banyak kat luar sana yang rumah dorang lagi cantik dari korang..haha..

Lepas tu cuba realistik sikit. Nak murah memang kita akan propose barang yang seadanya yang mungkin finishing akhir tak seperti barang-barang yang mahal.

Tambahan pula kerja-kerja pembinaan ni banyak melibatkan hasil tangan manusia. Agak-agakla kalau ada tercalar sikit sehalus bulu kaki atau senget sikit tu biasa la. Masih dalam allowance atau kadar yang dibenarkan. Ni nak tukar semua sebab ada defect sikit. Kena realistik sikit tuan puan.

KOS LUAR JANGKA

Ni saya pesan awal-awal supaya tiada yang terkejut. Bersedia untuk kejutan. Kehidupan penuh dengan kejutan, begitu juga dalam renovasi. Sediakan sedikit dana tambahan untuk sebarang perkara yang tidak diduga. Ini akan mengelakkan tekanan dan kekecewaan. Bukan nak cakap kita tak nasihat atau terlepas pandang tapi memang kebiasaannya memang akan ada item-item luar jangka. Jadi sediakan payung dahulu sebelum hujan.

Anggaran 5%-10% dari harga kos kesuluruhan dah memadai ikut keadaan/kesukaran projek. Variation Order pun mungkin akan ada. Perubahan mungkin berlaku sepanjang perjalanan ini. Fleksibiliti anda dalam menerima variasi pesanan akan memastikan projek berjalan lancar dan hasilnya lebih memuaskan.

DENGAR NASIHAT

Jangan degil sangat kalau dah tak pandai tu dengar je cakap orang yang lagi tahu. Kontraktor dan profesional lain yang terlibat mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang boleh bantu anda. Hargai pandangan mereka dan berikan kepercayaan untuk membawa impian anda menjadi realiti.

Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Ini tidak nak jugak ikut dalam pinterest, tik tok & Instagram. Bukan tak boleh tapi kadang tak sesuai dengan keadaan dan kondisi site anda. Tapi terpulanglah.

Jadi itulah sedikit sebanyak pesanan untuk anda yang bakal nak renovate rumah. Bukan marah tapi nasihat untuk kebaikan semua. Sebab yang penting adalah untuk anda sendiri untuk mendapatkan hasil yang terbaik ini sedikit sebanyak ilmu dan info yang anda perlu tahu.

Sekian. Done bebel.

#renorumah #renovation #designrumah #renovationproject #interiordesign #rumahbaru #rumahimpian

Leave a comment