Cabaran Sepanjang 10 Tahun Bergelar Usahawan Kontraktor Di Malaysia?

Kau memang betul tak guna! Penipu! Pulangkan balik duit aku! Tak kisah la kau lawyer ke, Dato ke..Yang aku nak duit aku balik sekarang..Dah nak dekat berbulan janji nak bagi surat lantikan kerja..ni kira kau dah scam aku ni!

kata-kata aku selepas hampir di scam oleh Broker projek

Ni antara kisah yang pernah aku hadap sepanjang bergelar seorang usahawan semejak lebih 10 tahun lalu didalam bidang kontraktor. Nak cakap 10 tahun ni bagi aku tak adalah lama sangat. Rasanya ada sekelumit pengalaman yang menjadi pengajaran kepada diri ini.

Ditipu Broker

Antara cabaran sepanjang aku menceburkan diri didalam bidang kontraktor ni antara nya adalah pada permulaan adalah kesukaran untuk mendapatkan job atau projek secara berterusan. Bila ini berlaku banyak juga ruang untuk orang lain ambil kesempatan.

Antaranya geng2 broker ni memang pandai untuk hidu peluang. Antaranya kami iaitu aku dan partner yang masih diawal usia 20an ketika itu. Ada yang offer projek selenggara R&R. Projek 2-3 tahun, ni kalau dapat ni cukup la untuk cover kita punya overhead bulan-bulan. Itu antara apa yang kami fikir dulu.

Pertemuan dan perbincangan dengan broker dan lawyer semua berlaku di hotel. Tempat kena grand. Feel good factor kena ada. Baru anak ikan macam kami ni percaya. Lepas bincang dan diberi dokumen kontrak untuk kami tengok dan validate, nampak macam semua okay.

Jadi, kalau tuan okay kena ada deposit dulu. Dalam berapa % dari total kontrak jadi amount nya RM XX,XXX.XX lepas buat kira-kira okay la. Berbaloi investment ni kalau kita buat. Pulang ke ofis bincang dengan partner dan juga bertanya juga dengan kenalan lain ketika itu. Semua cakap okay. Jadi dengan sepantas kereta ferrari merah pinjaman bank laju je kami keluarkan cek untuk buat bayaran ke akaun lawyer.

Dipendekkan cerita, selepas berbulan. Surat lantikan tak dapat-dapat. Dan nasib masa tu kami dapat kembali wang deposit tersebut tapi short beberapa ribu. Memang kami serbu ofis lawyer tersebut dan ugut macam-macam untuk buat laporan polis bagai.

Ada lagi 1 kisah pun lebih kurang dia dah dapat job dan nak isu LOA pada kami. Pada awal kami setuju. Tapi lepas fikir-fikir balik macam tak kena je deal ni. Tapi kali ni si broker ni pula kejar kami macam seolah kami ni berhutang dengan dorang.

Ditipu Staf

Tak apa bos! Saya setel dari A-Z.. Bos tak payah risau..

– Nasri (Pengurus Projek) bukan nama sebenar

Ni pula kisah bila kita percaya pada staf. Tak percaya salah, pecaya pun salah kan.. Apa pun masa ni kali pertama ambil staf yang level manager. Memang kita ambil masa tu untuk kurangkan beban kami untuk jaga projek yang masuk jadi kami boleh fokus untuk buat kerja-kerja dapatkan projek baru.

Photo by Tima Miroshnichenko on Pexels.com

Projek pertama yang dia handle ni bukan la susah mana. Kerja yang tak melibatkan banyak tred. Hanya 2-3 tred sahaja. Selepas segala perancangan dibuat dan tapisan vendor dibuat beliau pun recomend pada kami satu syarikat ni untuk dijadikan vendor untuk projek tersebut.

Jadi, projek pun berjalan macam biasa tapi apa yang pelik nya kalau subcon ni claim mesti senang lepas dan banyak pula tu. Bila tengok dekat site macam dah terlebih claim. Siasat punya siasat rupanya syarikat subcon tu memang dari dia sendiri..Patutla semenjak dari start projek tu bukan main dia belanja make up kereta bagai.

Jadi, serta merta kami suruh berambus.

Ni ada lagi satu cerita pasal staf HR pula. Ada satu hari tu ada berita sedih staf ni sampai kan pada bos untuk cuti kecemasan disebabkan kematian Ayahnya di kampung. Jadi semua pun berduka dan adakan majlis bacaan Yasin untuk Ayahnya.

Tapi aku ni yang penuh syak wasangka merasa kan kau macam menipu je sebab nak cuti. Jadi guna skil risikan yang ada di diri ini untuk selidik. Rupanya Ayahnya masih sihat lagi siap boleh memandu teksi jauh-jauh. Sama kes macam tadi apa lagi berambus kau dari sini.

Bila dia dah berambus lagi banyak kes songlap terbongkar. Antaranya ada ke patut dia songlap duit KWSP yang sepatutnya dibayar pada staf tapi dibawa lari masuk poket sendiri.

Pelanggan Tak Nak Bayar

Ni mungkin antara ramai yang alami juga. Kalau dengar cerita dekat luar sana bukan main canang kontraktor lari, kerja tak siap, tak kualiti bagai. Tapi yang ni pun rasa lagi banyak kes pelanggan lari tak bayar walau kerja dah siap dari kes kontraktor lari. Betul tak?

Photo by Andrea Piacquadio on Pexels.com

Dah bermacam kes kami yang masuk ke mahkamah dan kebanyakkannya adalah disebabkan pelanggan yang tak nak bayar. Memang makan tahun kes nak selesai, bahkan ada yang sampai sekarang pun masih belum selesai lagi.

Belajar Dari Cabaran Dan Masalah

Semua orang Allah dah aturkan cabaran dan masalah masing-masing. Yang penting bagaimana kita belajar dari setiap dugaan mendatang dan mematangkan diri kita. Satu je yang kita perlu ingat perjalanan yang ingin kita lalui ni sebuah perjalanan yang panjang dan jauh.

Bayangkan jika kita nak bawa kereta dari JB ke China misal kata. Kan jauh tu. Dan sudah pasti disetiap persimpangan yang kita lalui akan ada cabaran dan masalah yang datang. Yang penting kita kena terus berjalan dan bergerak harungi halangan untuk terus sampai ke destinasi.

Leave a comment